Monday, February 02, 2009

Waktu Tayangan Siri Baru Upin & Ipin

Les' Copaque Production ingin meminta maaf di atas kesilapan waktu tayangan bagi animasi Upin & Ipin pada laman web kami. Waktu tayangannya ialah pada pukul 7.00 malam dan bukannya pada 7.30 malam. Sekiranya anda ingin menonton semula episod yang telah ditayangkan tadi, bolehlah menonton episod ulangan pada hari Khamis.

Kami akan mengupload video episod baru ini dalam masa terdekat. Harap maklum. Buat sementara itu sila ikuti laman web Upin & Ipin untuk maklumat terkini. Terima kasih kerana terus menyokong Upin & Ipin.