
Kami tahu, banyak peminat-peminat Geng: Pengembaraan Bermula yang berminat untuk mengetahui kutipan tiket Geng: Pengembaraan Bermula untuk weekend yang lalu. Seriously, kami di LCP pun berdebar-debar pada pagi isnin ni bak tunggu jawapan dari distributor kami. Dan resultnya? Haaaa!
Geng: Pengembaraan Bermula telah berjaya mengutip sebanyak RM1.47 juta dari 19 Februari ke 22 Febuari 2009. Pada hari khamis kutipan kami adalah sebanyak RM115k, hari jumaat sebanyak RM239k, dan RM610k, RM510k pada hari sabtu dan ahad.
Oleh itu, sekarang kutipan tiket untuk filem Geng: Pengembaraan Bermula adalah sebanyak RM3.75 juta untuk 11 hari ini. Oleh itu, jumlah penonton filem Geng: Pengembaraan Bermula adalah dianggarkan sebanyak 464,724 orang.
Maka kami di Les' Copaque ingin berterima kasih kepada peminat-peminat LCP yang sudah menonton filem ini. :) Ha, tapi sila la tengok lagi! Seperti yang dipostkan oleh Atok Ranggi pada minggu lepas, silalah menonton filem ini banyak-banyak kali lagi dan bawa sanak saudara, rakan-rakan, pergi menonton Geng sama-sama. Hehe.