Monday, February 16, 2009

Malam Bersama GENG, GENG's Corner

Seperti yang pernah diiklankan, "Malam Bersama GENG" anjuran bersama GENG's Corner telahpun dilangsungkan sebanyak 2 kali dalam masa 2 minggu. Acara yang julung-julung kalinya dianjurkan ini berjaya menarik perhatian daripada peminat setia GENG yang bukan sahaja tinggal disekitar Shah Alam bahkan ada juga yang datang dari jauh.

Pengunjung yang hadir pada malam itu, bukan sahaja dapat menjamu selera bahkan dapat menyertai aktiviti sampingan yang disediakan.

Antaranya ialah kuiz ringkas dan juga sesi beramah mesra bersama peminat.

Kehangatan malam tersebut makin diterasa apabila kemunculan istimewa maskot Upin & Ipin memeriahkan lagi suasana. Buat pertama kalinya maskot baru ini muncul di dalam sebarang aktiviti. Kebanyakan peminat tidak melepaskan peluang bergambar dan melihat maskot Upin & Ipin dari jarak dekat.

Disamping itu, Les' Copaque juga membuka kaunter jualan barangan GENG dan kaunter ringtone Upin & Ipin yang diedarkan secara percuma melalui bluetooth. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peminat yang sanggup datang pada malam tersebut dan jangan lupa menyaksikan GENG : Pengembaraan Bermula dipawagam berhampiran.

Ini ialah adik Hakimi yang kerap datang di mana-mana sahaja acara yang dianjurkan oleh Les' Copaque. Cayalah!