12 Feb 2009 merupakan tarikh hari tayangan filem GENG : Pengembaraan Bermula serentak seluruh negara. Pada tarikh ini juga pengarah filem GENG, En Nizam bersama pelakon suara Upin & Ipin iaitu Nurfathiah serta Kanan suara bagi watak Rajoo telah dijemput bagi sesi pengambaran bagi beberapa rancangan terbitan TV3. Antara rancangan yang telah pun ke udara tempoh hari ialah Malaysia Hari Ini (MHI), Apa-Apa Aje dan Wanita Hari Ini (WHI). Kesemua rancangan tersebut juga diceriakan dengan kemunculan istimewa maskot Upin & Ipin.
Selain itu, Les' Copaque juga mengambil peluang ini untuk menjalankan segmen terbaru yang diberi nama "Sergahan Upin & Ipin". Maskot Upin & Ipin secara spontan telah menyergah masuk ke dalam bilik krew mediaprima untuk membuat kejutan. Antara yang disergah ialah krew Melodi iaitu Abg Nas dan Michelle.
Nantikan kemunculan "Sergahan Upin & Ipin" pada masa akan datang di tempat-tempat yang berbeza pula. Terima kasih kepada semua kakitangan Media Prima kerana memberikan sokongan yang jitu terhadap filem GENG ini.
