Wednesday, February 18, 2009

"Sergahan Upin & Ipin" di NSTP

Seperti yang telah semua ketahui, minggu "Sergahan Upin & Ipin" telahpun bermula. Jadi pada anda semua, be alert! kerana kemungkinan Upin & Ipin akan datang menyergah di tempat anda nanti!

Untuk sergahan kali ini, Upin & Ipin telah pun pergi ke pejabat NSTP yang merangkumi New Strait Times, Berita Harian dan Harian Metro. Ramai yang teruja dan terkejut dengan kehadiran maskot. Turut serta dalam sesi sergahan ini, adalah Nizam, pengarah filem Geng dan juga pelakon suara Upin & Ipin, Nur Fathiah.

Pada waktu ini, masing-masing tengah sibuk dengan tugasan. Kehadiran kami masih belum mereka sedar.

Upin & Ipin bersalaman dengan staff-staff semua, sambil memberi cenderahati. Ramai yang terkejut dan tidak sangka Upin & Ipin akan datang melawat.

Mereka juga tidak melepaskan peluang untuk bergambar, bervideo dan berkenalan dengan Upin & Ipin dan Nur Fathiah. Ramai yang seperti 'histeria' apabila mendengar Nur Fathiah melakonkan watak Upin & Ipin. Kata mereka, ia sangat unik dan cute. Sampaikan ada yang ingin membawa dia pulang ke rumah untuk ditunjukkan kepada anak-anak.

Upin bersalaman dengan staff-staff NSTP.

Upin dan Nur Fathiah yang menjadikan tarikan utama pada petang tersebut.

Bergambar kenangan dengan org kuat Harian Metro. Dari kiri: Upin, Encik Adam Salleh (Pengarah Hiburan, Harian Metro), Ipin, Nizam. Depan: Nur Fathiah

Dan akhir sekali, para wartawan-wartawan pula yang menyergah pengarah filem Geng, Nizam and adik Nur Fathiah! Banyak juga soalan yang diajukan. :)

Tepat pada jam 4.30, berakhirlah sergahan kami untuk hari itu. Ribuan terima kasih kami ucapkan di atas layanan baik yang diberikan kepada kami dan juga pada mereka yang telahpun menonton filem Geng, harap anda semua terhibur. Pada yang belum, jangan lupa untuk saksikannya nanti! Kami berharap turut berharap agar anda semua akan terus menyokong kami!
Terima kasih juga diucapkan kepada Yusry (Grand Briliiance) yang mengatur "Sergahan Upin & Ipin" kali ini.

Jumpa anda semua di sergahan yang berikutnya! OK!