Thursday, February 19, 2009

Sertai Roadtour GENG

Kepada semua peminat yang sudah ataupun masih merancang untuk menonton GENG pada hujung minggu ini, jangan lepaskan peluang untuk memeriahkan Roadtour GENG yang diadakan di pawagam GSC dan TGV. Kami akan membawa pelakon suara filem GENG seperti Badrol, Ros, Upin/Ipin, Lim dan juga penampilan istimewa Sally dan Muthu. Nantikan juga kemunculan maskot Upin & Ipin yang menjadi kegemaran ramai.


Berikut ialah jadual lokasi yang akan diadakan :

Tarikh : 20 Feb 2009 (Jumaat)
Tempat : GSC Times Square
Masa : 8 Malam - 10 Malam

Tarikh : 21 Feb 2009 (Sabtu)
Tempat : GSC Pavillion
Masa : 12 T/hari - 3 Petang

Tarikh : 21 Feb 2009 (Sabtu)
Tempat :TGV KLCC
Masa : 8 Malam - 10 Malam

Tarikh : 22 Feb 2009 (Ahad)
Tempat : GSC Alamanda
Masa : 12 T/hari - 3 Petang

Tarikh : 22 Feb 2009 (Ahad)
Tempat :TGV Seremban 2
Masa : 8 Malam - 10 Malam


Terima kasih kepada pihak GSC dan TGV yang telah membenarkan kami untuk menjalankan roadtour di sini. Datanglah beramai-ramai dengan pakaian GENG ataupun Upin & Ipin. Jumpa semua peminat GENG di sana.