Apa yang kami buat?
Main boling lah apa lagi. LCP VS FANS. Perlawanan "sengit" ini diadakan atas ajakan daripada fan-fan.



Nur Fathiah dan Kannan pun turut menyertai dalam perlawanan ini. Tapi tiba lewatla skit. Ada event sebelum tu.


Siapa menang? Dengan dukacitanya, kami telah tewas ditangan fans. Tahniah kepada FANS TEAM.


Selepas itu mengadakan Road Tour di GSC One Utama. Ramai yang hadir untuk bertemu dengan pelakon-pelakon suara dari filem GENG. Antara yang hadir pada hari tersebut ialah Amir Izwan (Badrol), Kannan (Rajoo), Yong Ping (Lim) dan Nur Fathiah Upin dan Ipin). Punyalah ramai yang beratur. Bukannya nak berjumpa saja, malah nak ambil tandatangan dari pelakon-pelakon suara GENG. Pelakon-pelakon suara dari GENG dan siri UPIN & IPIN seperti Superstar Syafiq (Uncle Muthu dan Jarjit), Ida Mandarin (Kak Ros siri) dan Ida Rahayu (Oopet dan Fizi) juga hadir untuk meramaikan lagi orang ramai. Memang sesak.




Kaunter Bluetooth kami menjadi tumpuan kepada yang ingin mengambil nada dering ekslusif GENG dari kami secara percuma. Ya, ianya percuma! Bukan saja nada dering, wallpaper dan video jugak diberi. Bertambah la sesaknya.

Kesesakan bertambah lagi apabila maskot Upin dan Ipin keluar bertemu peminat. Yang besar, yang kecik semua sama naik. Semua nak bergambar dengan Upin dan Ipin . Kanak-kanak kelihatan teruja melihat karekter kegemaran mereka di depan mata. Ada yang pergi salam, ada yang peluk dan ada pulak yang cium. Dan ada jugak yang takut melihat Upin dan Ipin sangat besar. Sampai menangis jadinya. Tapi nak jugak datang dekat. tinggal takut jer.





Kami berasa sangat seronok melihatkan keceriaan dan kegembiraan semua yang hadir. Terima Kasih sekali lagi dari kami.

Spread the GENG love~