Setelah empat hari di pawagam, filem ini telah berjaya mengutip sebanyak RM 1.75 juta. Satu pencapaian yg amat membanggakan. Hari pertama di tayangkan kami telah mengutip sebanyak 216k, hari kedua sebanyak 284k dan 648k, 600k untuk sabtu dan ahad. Panggung Tebrau mencatatkan penonton yg tertinggi untuk 4 hari sebanyak 9000 org di ikuti oleh Alamanda di Putrajaya sebanyak 7000 penonton. Ini mungkin ramai peminat dari Singapura dan kami mengucapkan ribuan terima kasih. Jumlah penonton yang paling kurang adalah di Kucing, Sandakan dan Miri, sekitar 700, 500 dan 400 orang. Kami sedangkan menimbangkan untuk menarik tayangan ditempat tersebut untuk diberikan kepada panggung di tempat lain yang lebih diminati oleh peminat. Nampaknya orang Kucing tidak berapa minat dengan animasi.
Pencapaian kami ini telah memeranjatkan semua tauke panggung dan kita telah dapat menandingi semua filem Hollywood yg di tayangkan di negara kita dari segi kutipan setakat ini. Diharapkan semua peminat dapat memberikan sokongan yang berterusan supaya kami dapat mencapai sasaran kami. Sebenarnya sasaran yang kami letakkan itu hanyalah untuk mengembalikan modal kami sahaja. Semua hasil kutipan akan dibahagi sama rata dengan pengusaha panggung dan setelah itu 5% peratus akan diberikan kepada distributor kami. Makanya kami harus mencapai sasaran tersebut untuk mengembalikan modal kami.
Kepada peminat di Indonesia, kami sedang mengusahakan tayangan di Studio 21 dan Blitzmegaflex selewat-lewatnya Ogos tahun ini. Segala urusan menempah panggung sedang dijalankan dan kami akan memaklumkan berita tersebut dari masa kesemasa. Kami juga sedang mengusahakan tayangan filem ini ke India, Korea dan Latin Amerika. Semoga kami dapat menembus pasaran tersebut dan mengorak langkah bagi industri animasi dan filem negara kita.
Oleh itu, Atok harap semua peminat terus menonton fileme ini banyak-banyak kali. Bawalah semua kaum kerabat ke panggung wayang...
He..he assalamualaikum...
