Bertempat di GSC Midvalley, lebih kurang 40 orang ahli sifoo.com telah beramai-beramai menjayakan aktiviti menonton filem GENG : Pengembaraan Bermula bersama-sama.
Sifoo.com merupakan salah sebuah laman web komuniti berasaskan grafik dan multimedia terbesar di Malaysia. Mempunyai semangat dan minat yang sama, salah seorang kakitangan Les' Copaque juga turut memeriahkan aktiviti ini.

Rata-rata ahli sifoo.com terhibur dengan tayangan filem GENG tersebut dan penaung sifoo.com sendiri iaitu En. Imran telahpun menulis
reviewnya mengenai filem GENG. Sebaik sahaja selesai tayangan, masing-masing diberi hadiah GENG melalui kuiz ringkas yang dijalankan secara spontan.
