Monday, February 23, 2009

GENG ROAD TOUR: GSC Pavillion dan TGV Suria KLCC

Selepas Road Tour kami menyerang GSC Times Square, kami pun menyambung Road Tour di GSC Pavillion dan TGV Suria KLCC pada keesokan harinya. Buat pengetahuan anda, GSC Pavillion merupakan cawangan Golden Screen Cinema (GSC) yang ke-4, manakala TGV Suria KLCC pula cawangan Tanjung Golden Village (TGV) yang pertama menyambut kami untuk membuat Road Tour.

Sambutan dari para pengunjung di Pavillion

Ini pula sambutan di Suria KLCC

Sampai kena duduk atas bahu bapak tuh.

Seperti hari sebelumnya, acara menandatangan poster dari para pelakon suara dari filem GENG: Pengembaraan Bermula adalah acara utama dan yang paling dinanti-nantikan oleh para peminat terutama sekali kepada yang sudah menonton. Maskot Upin dan Ipin juga menjadi tarikan yang hangat kepada semua pengunjung. Biarpun para pengunjung ada yang tidak dapat menonton, ataupun tidak berminat untuk menonton, mahupun tidak mengenali Upin dan Ipin, mereka tetap mahu bergambar bersama-sama Upin dan Ipin yang buat pertama kalinya muncul di GSC Pavillion dan TGV Suria KLCC. Ada yang geram dengan maskot Upin dan Ipin sehinggakan mahu dibawa pulang. Pelbagai gelagat dapat dilihat.

Barisan para pelakon suara untuk filem GENG sedang memberi autograf. Balqis (suara Kak Ros) pula sedang membuat suara yang dipetik dari filem.

Anak-anak kecil tidak melepaskan peluang bergambar bersama-sama Upin dan Ipin.

Pandai sungguh Ipin dan Ipin ber"posing".

Upin dan Ipin turut masuk kedalam panggung untuk bertemu dengan penonton filem GENG sebelum ianya ditayangkan. Ada yang hadir ke Road Tour untuk memuat turun nada dering, wallpaper dan klip animasi GENG. Nada dering tersebut juga doleh dimuat turun di sini.

Upin dan Ipin didepan panggung. Bergambar tu bergambar jugak. Jangan miss filem pulak sudah.

Barisan pelakon suara filem GENG dengan pekerja GSC Pavillion.

Sambutan hangat dari para pengunjung sememangnya bertambah. Kepada yang masih lagi belum bertemu dengan kami dan Upin dan Ipin, sila tunggu untuk sambungan Road Tour kami. Siapa tahu? Kami mungkin ke tempat anda!

p/s: klik sini untuk melihat gambar-gambar dari CShot.

Let's spread the GENG love~