Monday, February 23, 2009

"Sergahan Upin & Ipin" di MSU, PTPL, UM, dan MMU.

Sergahan Upin & Ipin kembali lagi... Kali ini Les' Copaque telah membentuk dua team untuk melaksanakan tugas "Sergahan Upin & Ipin". Team pertama yang terdiri daripada Zarin, Away, Idaman, Hanev, Faliq dan Ijat akan menyergah MSU (Management and Science University) dan PTPL (Pusat Teknologi dan Pengurusan Latihan) manakala team kedua yang terdiri daripada Ehsan, Yuki, EeJean, Ida, Nurul, Nell dan Adam akan menyergah UM (Universiti Malaya) dan MMU (Multimedia University).

Kami juga ada membuat jualan kecil-kecilan barangan Geng : Pengembaraan Bermula.

Di Kolej 12 UM. Siswi-siswi yang sangat gembira disergah oleh Upin & Ipin.

Seperti biasa, ramai yang ternanti-nanti dengan kemunculan maskot Upin & Ipin. Nada dering Geng : Pengembaraan Bermula juga disebarkan kepada orang ramai melalui akses bluetooth. Selain itu, kuiz Upin & Ipin serta Geng dijalankan dan ramai yang berebut utk memenangi poster filem Geng.

Para pelajar MSU/PTPL yang kelihatan sungguh gembira bergambar bersama maskot. Mereka ini semua sebenarnya ada kuliah ketika Upin & Ipin keluar bersiar-siar di kawasan MSU?PTPL. Tetapi mereka semua keluar semata-mata untuk bergambar. Lihatlah betapa terujanya mereka bergambar bersama maskot...

Di luar Stad Building. Maskot Upin & Ipin bersiar-siar di kawasan MMU...

Terima kasih kepada MSU, PTPL, UM dan MMU kerana memberikan kerjasama serta membenarkan kami untuk mempromosikan filem Geng : Pengembaraan Bermula. Kepada IPT yang lain, nantikan kemunculan maskot Upin & Ipin, mungkin lokasi anda adalah mangsa "Sergahan "yang seterusnya...