Seperti yang telah dijanjikan, ini merupakan majalah ke-2 yang memaparkan watak GENG sebagai kulit muka hadapan. Kali ini Majalah G3 dengan kerjasama Les' Copaque Production dengan bangganya mempersembahkan kulit hadapan Majalah G3 isu Februari.
Kepada peminat Majalah G3 semua pasti terkejut dengan penampilan Codet di dalam bentuk 3D. Ini merupakan salah satu hasil usahasama dengan majalah G3 yang sememangnya sudah mempunyai ramai peminat di seluruh Malaysia. Selain dari kulit muka hadapan, isu ini juga menawarkan hadiah menarik barangan eksklusif GENG. Cepat dapatkan isu ini sekiranya ingin mengetahui cara untuk memenangi hadiah-hadiah tersebut.Terima kasih kepada editor dan team G3 terutama sekali kepada saudara Apai dan A'an Budak Baik kerana akhirnya idea untuk menampilkan Upin & Ipin bersama Codet berjaya.
