Nampaknya "Sergahan Upin & Ipin" berterusan sempena memeriahkan kehangatan filem GENG : Pengembaraan Bermula yang sedang ditayangkan di pawagam. Kali ini Upin & Ipin berpeluang menyergah Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd. yang terletak tidak jauh dari Les' Copaque Production.
Apabila menjejakkan sahaja kaki di dalam ruang kerja Karangkraf semua krew Karangkraf terus berpusu-pusu menuju ke arah Upin & Ipin untuk melihat dan bergambar dari jarak dekat. Sambutan yang amat luar biasa dari semua krew Karangkraf membuatkan seolah-olah Upin & Ipin pula yang disergah oleh mereka.
Tidak kira mereka dari majalah mana, semuanya merupakan peminat setia Upin & Ipin. Peluang ini juga tidak dilepaskan oleh beberapa editor untuk membuat liputan di dalam majalah mereka. Hampir semua majalah terkenal tempatan berpusat di bawah satu bumbung. Antara majalah keluaran Karangkraf yang terkenal ialah Media Hiburan, Mingguan Wanita, Nur, Majalah PC, E-Baca, G3 dan banyak lagi.
Upin & Ipin dibawa menjelajah hampir di semua department di Karangkraf. Semua krew Karangkraf amat gembira dengan kemunculan Upin & Ipin diruang kerja mereka yang julung-julung kali diadakan.
Bagaikan artis, maskot Upin & Ipin dibawa pula di dalam studio untuk bergambar. Kali ini krew dari majalah G3 mengambil peluang ini untuk bergambar bersama-sama majalah G3 yang mempunyai gambar Upin & Ipin sebagai cover.Terima kasih kepada semua krew Karangkraf yang banyak menyokong kami. Kepada yang masih belum menyaksikan filem GENG : Pengembaraan Bermula di pawagam, jangan lupa berbuat demikian sementara filem GENG sedang ditayangkan sekarang.

