Tuesday, February 17, 2009

"Sergahan Upin & Ipin" di UNISEL, Bestari Jaya

Perjalanan kami berenam ke UNISEL, Bestari Jaya mengambil masa selama satu jam lebih dari office kami. Biarpun ianya jauh, kami tetap bersemangat ke sana untuk 'menyergah' UNISEL. Lokasi menyergah kami ialah Fakulti Industri Teknologi Maklumat (FITM).

Beberapa staff di Unisel Bestari Jaya

Setibanya disana, kami terus menukar ke kostum Upin & Ipin. Sergahan Upin & Ipin telah menarik ramai pelajar-pelajar UNISEL ke FITM. Kebanyakannya teruja melihat Upin & Ipin dan terus bergambar bersama-sama. Ada yang bersemangat sehinggakan bergambar berulang-ulang kali.

Upin & Ipin dengan gelagat mereka bersama pelajar-pelajar UNISEL

Sergahan yang berlaku di Foyer FITM

Beberapa soalan diutarakan kepada semua disana sebagai kuiz. Sememangnya ramai yang berminat untuk memiliki barangan Upin & Ipin. Ada yang mengangkat tangan dengan pantas untuk menjawab, tetapi tak tahu jawapan. Macam-macam gelagat dapat dilihat.

Gembira setelah mendapat pelekat kereta

Dan yang ini mendapat poster setelah menjawab soalan daripada Cik Nurul

Apa-apa pon, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan pelajar-pelajar UNISEL Bestari Jaya. Dan yang tidak sempat bertemu dengan Upin & Ipin, Road Tour kami masih lagi diteruskan di lokasi-lokasi yang telah ditetapkan. Sila lihat jadualnya disini.

Pensyarah-pensyarah bersama kami selepas Upin & ipin "berehat"

Ya! Kami seronok dapat ke Unisel.