Les' Copaque telah dijemput untuk bersama-sama memeriahkan Hari Terbuka FINAS yang telah dilangsungkan di Ampang baru-baru ini. Les' Copaque bersama 2 orang pelakon suara filem GENG iaitu Badrol dan Rajoo turut menyertai acara ini sempena sebahagian dari acara promosi filem GENG. Acara hujung minggu ini, sangat meriah dan dipenuhi warga kota yang ingin menyaksikan pelakon-pelakon yang turut membuat penampilan pada hari tersebut.
Ida Shaheera bersama wakil dari primeworks sedang mengacarakan aktiviti pentas bersama pelakon suara Rajoo (Kannan) dan Badrol(Izwan).
Turut serta ialah maskot Upin & Ipin yang menarik banyak perhatian peminat kecil. Selain dapat beramah mesra bersama mereka, peminat semua juga dihiburkan dengan lakonan pendek serta kuiz.
Tidak ketinggalan maskot yang juga diminta untuk memberikan autograf kepada semua peminat setia Upin & Ipin.
Adik beradik kembar yang turut memakai baju Upin & Ipin ini sangat teruja apabila berpeluang berjumpa dengan maskot Upin & Ipin.Terima kasih kepada semua yang sudi hadir pada acara Hari Terbuka FINAS tempoh hari. Jangan lupa untuk menyaksikan filem GENG dipawagam berhampiran.

