Tak percaya sambutan hebat? Ha, tengok berapa ramai orang nak tengok Geng ni. :)Monday, February 16, 2009
GENG ROAD TOUR: GSC Mid Valley Megamall
Pada 15 Februari, Road Tour filem Geng telah menggegarkan pawagam GSC Mid Valley Megamall. Aktiviti promosi filem Geng ini telah berlangsung dengan rancak dengan kehadiran orang ramai yang datang untuk menonton filem Geng. Barisan beratur untuk membeli tiket sangat panjang dan bermula semenjak 9 pagi lagi menurut pegawai GSC. Jualan tiket untuk filem Geng bergerak pantas. Akhirnya ramai yang beratur untuk membeli tiket di kaunter tidak dapat membeli tiket kerana semuanya telah "Sold Out!". Antara sebab utama kehabisan tiket ialah kerana ramai telah membeli tiket sehari lebih awal atau menempahnya secara online. Oleh sebab itu, jikalau boleh, kami mencadangkan agar saudara saudari menempah atau membeli tiket secara online, kerana sambutan filem ini amat bagus dan memberangsangkan! Ok, mari kita tengok gambar-gambar pulak.
Tak percaya sambutan hebat? Ha, tengok berapa ramai orang nak tengok Geng ni. :)
Aktiviti utama pada hari itu ialah penampilan pelakon suara utama dari filem Geng yang hadir untuk menandatangani poster Geng sambil bertemu peminat. Dari kiri: Kee Yong Pin (suara Lim), Amir Izwan (suara Badrol), Nur Fathiah (suara Upin & Ipin) dan Kannan (suara Rajoo).

Maskot Upin & Ipin bagaikan artis terkenal, kena serbu dengan peminat. Betul betul betul!
MC atau juruacara hari itu adalah Dini dan Anas.
Lihat betapa ramainya peminat Upin & Ipin. Barisan panjang di latar belakang gambar adalah barisan untuk membeli tiket!
Kebanyakan kanak-kanak begitu gembira bertemu dengan maskot.
Tetapi ada juga yang takut!
Tapi jangan sangka peminat Upin & Ipin ni kanak-kanak saja tau...
Selain daripada kehadiran pelakon suara dan maskot; ringtone, wallpaper dan video untuk handphone juga diedarkan secara percuma melalui teknologi Bluetooth oleh Faren.
Les Copaque juga mengambil peluang keemasan ini untuk menemuramah dan mendapatkan maklumbalas daripada penonton yang baru sahaja menonton filem Geng! "Apa komen saudara?" tanya Ehsan, sambil video dirakam oleh Faizu dan dibantu oleh Faiz.
Nizam, Ielham, Dini, Akob dan Saf bergaya bersama maskot! Tengok Geng tau, memang best!
Tak percaya sambutan hebat? Ha, tengok berapa ramai orang nak tengok Geng ni. :)
