Monday, February 09, 2009

TAYANGAN PERDANA GENG : PENGEMBARAAN BERMULA


Gambit Reel GENG

Pada 5 Februari yang lepas, Les' Copaque telah menganjurkan Tayangan Perdana Geng : Pengembaraan Bermula di Cathay Cineplex Damansara. Tayangan ini bertujuan untuk menayangkan filem GENG kepada badan-badan kerajaan serta swasta yang telah banyak menyokong Les' Copaque disepanjang proses penghasilan GENG. Antara jemputan yang hadir pada malam tersebut ialah wakil dari MOSTI, MDeC, MIMOS, ASTRO, KANTANA dan beberapa buah syarikat lagi. Majlis pada malam ini dibawakan bersama Multimedia Development Corporation (MDeC) dan ditaja oleh Caveman Solutions Sdn Bhd dan Autodesk.


Caveman Solutions turut hadir memeriahkan majlis ini dengan membuka booth untuk memberi pendedahan tentang pelbagai software untuk production.


Dari Kiri : Nizam, YB Tn Hj Fadhillah Bin Yusof dan YBhg Dato Badlisham Ghazali.

Majlis ini dirasmikan oleh YB Tn Hj Fadhillah Bin Yusof, Timbalan Menteri Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi dan Ybhg Dato' Badlisham Ghazali, CEO MDeC. Perasmian ini dijalankan dengan upacara memotong ribbon pada Reel filem GENG oleh YB Tuan Hj Fadhillah bin Yusof. Reel kemudiannya diserahkan kepada Tuan Hj Burhanuddin Md Radzi, Penarah Urusan Les'Copaque Production, simbolik usahasama MOSTI, MdeC, dan Les' Copaque dalam menjadikan GENG sebuah realiti. Reel GENG seterusnya di serahkan kepada Mohd. Nizam, Pengarah Filem GENG, kemudiannya diserahkan kepada seorang demi seorang staf-staf LCP hingga ke tingkat tangga yang paling atas pawagam sebagai simbol usaha, dan kerjasama, teamwork, dalam tenaga kerja Les'Copaque yang berkerja siang malam selama 2.5 tahun untuk menyiapkan GENG.



Majlis ini dimeriahkan dengan kehadiran ahli-ahli keluarga Les'Copaque Production. Kaum keluarga yang selama ini hanya sering mendengar dari abang / adik / kakak / anak / mereka kini dapat menyaksikan usaha mereka selama ini. Kami terharu,dan juga mengucapkan terima kasih di atas sokongan yang diberikan oleh keluarga dalam menyiapkan filem ini.


Jangan lupa menyaksikan GENG : PENGEMBARAAN BERMULA 12.02.2009 ini