Setelah membuat "Sergahan" di UNISEL Shah Alam, kami berangkat ke UNIKL pula. Kami tiba di UNIKL dalam jam 3 p.m. Keadaan di lobby UNIKL agak suram pada awalnya. Mereka semua tidak tahu bahawa Upin & Ipin bakal menyergah mereka. Tapi ada juga pelajar yang berbisik membuat andaian sesama sendiri, tertanya-tanya mengapakah ada krew Les' Copaque berada di kawasan kampus mereka.
Apabila maskot muncul di perkarangan lobby UNIKL, para pelajar UNIKL semuanya terkejut. Ada juga yang menjerit dengan fanatik-Upin! Ipin! Tak sangka begitu ramai peminat Upin & Ipin di UNIKL ini.
Sementara menunggu kemunculan maskot buat kali kedua, En. Safwan dan penulis sempat membuat sesi kuiz Upin & Ipin. Menarik sungguh melihat gelagat warga UNIKL, bukan sahaja pelajar, malah ada juga staf yang cuba untuk menjawab soalan. Ada juga pelajar yang tidak mahu beralah semata-mata untuk mendapatkan pelekat kereta Geng.
Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak UNIKL yang membenarkan kami untuk menjayakan program "Sergahan Upin & Ipin" ini. Kepada mereka yang masih lagi belum menonton filem Geng : Pengembaraan Bermula, cepat-cepat dapatkan tiket dan bawa kawan, keluarga, mahupun jiran untuk menonton beramai-ramai. Rugi kalau tak tengok!