Dalam kehangatan tayangan filem Geng di seluruh pawagam, kami meneruskan pengembaraan kami ke Sri Pentas untuk rancangan Nasi Lemak Kopi 'O' yang disiarkan di TV 9. Rancangan ini dihoskan oleh Aziz Desa dan adik Shafimie.Ramai juga team Geng yang turut serta pada pengembaraan kali ini antaranya pengarah kami En Nizam, adik Nur Fathiah, adik Kannan dan tidak lupa juga maskot Upin dan Ipin. Kami mula masuk set rancangan Nasi Lemak Kopi '0' pada pukul 9 pagi.

Wah, bukan main lagi ye adik Nur Fathiah kita ni, ada orang tolong make up lagi.Barulah lagi berseri kan, betul tak?Adik Nur Fathiah sedang makeup untuk rancangan Nasi Lemak Kopi O.



Kawan-kawan semua perasan tak apa yang berlainan dengan maskot kali ni.Betul tu, kami dah ada maskot baru sekarang yang lebih comel berbanding dengan maskot yang lama. Penampilan pertama maskot baru ni di depan kaca televisyen anda. Aziz Desa dan adik Shafimie pun suka dengan maskot ni. Pengarah kami En Nizam ditemuramah oleh Aziz Desa dan juga adik Shafimie mengenai filem Geng dan bagaimana sambutan orang ramai terhadap filem Geng ini. Adik Nur Fathiah dan adik Kannan juga disuruh untuk melakonkan kembali suara dalam filem Geng. Memang kedua-dua mereka amat berbakat kerana bukan senang nak menghayati watak yang dilakonkan oleh mereka.


Setelah selesai program Nasi Lemak Kopi 'O', tak lengkaplah pengembaraan kami, kalau tiada sesi bergambar dengan maskot. Ramai juga yang bergambar dengan maskot baru kami ini. Makin lagi comel kan penampilan maskot baru ini.

Akhir kata dari kami, teruskanlah tengok filem Geng ni di pawagam-pawagam yang berdekatan dengan anda. Upin dan Ipin ada pesanan untuk anda semua "TENGOK...TENGOK...TENGOK.
