Satu senario yang amat berbeza dan menakjubkan apabila pelancaran Pesta Buku Selangor yang dilancarkan di Tasik Shah Alam tempoh hari mencipta sejarahnya tersendiri. Acara tahunan anjuran PPAS (Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor) pada tahun ini menjanjikan kelainan yang sungguh berbeza. Namun begitu, seperti pada tahun yang lepas, penampilan khas Upin & Ipin sememangnya menarik perhatian ramai pengunjung dan antara yang dinanti oleh peminat. Pada hari pelancaran ini saja, dilaporkan lebih 15 ribu pengunjung membanjiri kawasan tasik untuk memeriahkan majlis pelancaran ini dan sekali gus mencipta rekod di dalam Malaysia Book of Records sebagai aktiviti membaca terbesar yang pernah dianjurkan.
ke tasik bersama bot khas
Selain itu, majlis ini turut disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj sambil diiringi oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Sememangnya satu acara yang sungguh gilang gemilang dan selain Tuanku mencemar untuk majlis pelancaran, Tuanku sendiri berpeluang berjumpa bersama rakyat khususnya warga Selangor dan membeli buku di Pesta Buku Selangor. Kebanyakkan pengunjung sememangnya tidak melepaskan peluang untuk beramah mesra bersama Tuanku yang meluangkan masa lebih kurang 2 jam di situ.
Kehadiran tetamu terhormattermasuklah Sultan Selangor
Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bersamaTan Sri Abdul Khalid Ibrahim
ketika acara perasmian
Ipin berbaju melayu mendapattumpuan pengunjung
Suasana ketika majlis penerimaan anugerahMalaysia Book of Records
Pesta Buku Selangor ini sedang berlangsung di PKNS bermula dari 25 Jun yang lalu dan akan berakhir pada 5 Julai ini. Selain menjual pelbagai jenis buku, pesta buku ini juga tidak akan sunyi kerana pelbagai jenis persembahan yang akan disajikan dipentas utama setiap hari. Bagi peminat Upin & Ipin pula jangan lupa mencarik booth NYLA yang menjual Majalah Komik Upin & Ipin dengan pelbagai tawaran menarik yang lain. Rugi betul kalau tak datang ke Pesta Buku Selangor ini.
Antara booth jualan buku yang mendapat perhatian orang ramai
Pelbagai jenis maskot lain jugaturut memeriahkan acara
Jangan lupa datang beramai-ramai untuk memeriahkan Pesta Buku Selangor ini yang masih berlangsung dengan meriahnya di PKNS. Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lain, silalah layari laman web rasmi Pesta Buku Selangor di www.pestabukuselangor.com



