Saturday, July 17, 2010

KLFM dan Sinar Harian Meriahkan Geng's Corner

Memang meriah dan happening! Itulah saja yang dapat digambarkan apabila krew dari KLFM (97.2fm) dan Skuad Promo Sinar Harian beramai-ramai turun menerjah Geng's Corner Shah Alam tempoh hari. Pertama kali dalam sejarah, Geng's Corner menerima kunjungan rakan media seramai itu dan malam tersebut berlangsung dengan sungguh meriahnya. Pengunjung yang sedang enak menjamu selera amat bertuah kerana secara tiba-tiba dapat berkongsi kemeriahan acara pada malam tersebut. Sebenarnya, kunjungan KLFM dan Sinar Harian ini memang sudah dirancang dan pada malam tersebut secara eksklusifnya KLFM disiarkan secara lintas langsung dari Geng's Corner.Bukan itu saja, malahan lagu-lagu pilihan pula merupakan pilihan dari pengunjung Geng's Corner sendiri, pengurus dan ketua chef. Menarikkan?
Pn Zurina sedang memilih lagu dari DJ Julia
Pengunjungpun boleh pilih lagu

Kunjungan ini sebenarnya adalah kesinambungan dari program KLFM dan Skuad Promo Sinar Harian untuk "Teh Tarik... Satu". Geng's Corner merupakan lokasi ke 11 mereka dan pada malam tersebut program ini ditampilkan dengan cara yang agak berbeza. Apa yang berbezanya ya? Sudah tentulah penampilan maskot comel Upin & Ipin telah membuatkan suasana menjadi riuh rendah setiap kali kemunculannya. Memang tak senang duduk pengunjung malam tu bila terserempak dengan Upin & Ipin.

Skuad Promo Sinar Harian mengedarkan
akhbar secara percuma


Keratan Akhbar dari Sinar Harian

Ribuan terima kasih kepada semua DJ dan krew KLFM serta Skuad Promo Sinar Harian kerana menjadikan malam di Geng's Corner sungguh meriah dan berbeza dari biasa. Apa-apa kalau nak makan Tom Yam yang sedap jangan lupa singgah di Geng's Corner.