Berita baik kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi sebahagian dari keluarga Les' Copaque Production. Sekarang, Les' Copaque membuka permohonan baru untuk beberapa jawatan di bawah.1. Pembantu Akaun
- Boleh menggunakan perisian UBS
2. Pereka Laman Web
- Pemohon perlu mempunyai Diploma ataupun Ijazah di dalam bidang seni reka ataupun yang berkaitan.
- Pemohon perlu menunjukkan hasil kerja yang berkaitan dengan laman web
- Perlu mempunyai kemahiran menggunakan perisian Adobe Dreamweaver dan pengetahuan di dalam HTML, CSS dan Flash
Semua pemohon perlulah menghantar surat dan resume yang lengkap ke jobs@lescopaque.com . Hanya pemohonan yang terpilih sahaja akan dipanggil untuk temuramah.