Thursday, July 01, 2010

Mari jumpa Upin & Ipin di Hari Terbuka CNI

Mesti ramai peminat khususnya adik-adik yang tak puas berjumpa dengan maskot Upin & Ipin di Pesta Buku Selangor tempoh hari. Ha! Jangan risau kerana maskot Upin & Ipin akan berada di Wisma CNI, Glenmarie untuk Hari Terbuka CNI. Pengunjung bukan sahaja dapat berjumpa dengan maskot Upin & Ipin malahan akan diceriakan dengan pelbagai aktiviti yang diadakan seperti permainan, kuiz, persembahan dan macam-macam lagi. Jadi kepada warga Shah Alam mahupun Lembah Klang jangan lupa datang beramai-ramai bagi memeriahkan Hari Terbuka CNI.


Tarikh : 4 Julai 2010
Masa : 11 pagi - 6 pm
Lokasi : Wisma CNI, Glenmarie