2 Singgit, 2 Singgit!. Ha, macam itulah laungan dialog Mail di dalam siri Upin & Ipin. Sekarang ni, Mail ataupun nama pelakon asalnya Hasrul ini sudah ada ramai peminat. Tak kira adik-adik ataupun yang dah dewasa, pasti ada yang meminati watak Mail. Tapi tahu tak, Mail datang ke Studio Les' Copaque setiap minggu untuk proses rakaman suara. Memang rajin Mail ni. Walaupun sesi rakamannya hanya mengambil masa yang pendek tetapi Mail tetap gemar menghabiskan masa di Studio. Setelah dikaji sebabnya, rupanya Mail ni sangat suka bermain di Studio dan mengacau abang dan kakak ketika membuat kerja.
Mail ni amat mudah bergaul dengan abang dan kakak di Les' Copaque. Dia boleh pergi ke mana-mana saja department dan melihat apa yang abang dan kakak ni sedang buat. Ha, macam gambar di atas ni, sempat pula dia memberi idea kepada Jam bagaimana watak Mail patut di animasikan. Jam pun layan sajalah karenah si Mail ni. Selain tu, Mail juga rapat dengan kakak-kakak di sini terutama sekali yang juga merupakan pelakon suara. Contohnya seperti Ida Rahayu yang merupakan pelakon suara watak Oopet dan Fizi ini.
Rendering Department
Tak puas dengan itu, abis Yukipun dikacau oleh Mail. Yuki, pelakon suara Mei Mei yang sedang sibuk didepartment Rendering ini kadang kala sempat juga melayan dan bergurau dengan Mail. Ditambah pula memang bermacam-macam alat permainan yang sedia ada di studio seperti pistol Nerf Gun dan permainan lain menjadi sumber inspirasi kepada Mail. Dari Rendering, Mail cuba pula mencari ilham dengan bermain muzik dengan Faren di Music Department. Entah, lagu apa yang mereka main agaknya kerana nampak begitu menyeronokkan.
Namun begitu tidak kurang juga yang mengambil kesempatan untuk bergambar bersama Mail. Yelah, Mailkan ni artis. Jadi sekali sekala ke studio memberi peluang kepada mereka untuk bergambar bersama-sama. Tak kira siapapun yang bergambar dengannya, pasti Mail dengan sporting memberikan senyuman terbaik.
Namun begitu tidak kurang juga yang mengambil kesempatan untuk bergambar bersama Mail. Yelah, Mailkan ni artis. Jadi sekali sekala ke studio memberi peluang kepada mereka untuk bergambar bersama-sama. Tak kira siapapun yang bergambar dengannya, pasti Mail dengan sporting memberikan senyuman terbaik.
Bersama Zaki yang bertugasmenjaga rakaman suara
Sudah penat bermain, akhirnya Mail menyinggah pula ke studio rakaman suara untuk melihat sekiranya ada dialog untuk direkodnya. Pada kebiasaanya, Zakilah yang menjaga dan menguruskan proses rakaman suara ni. Mail ni pada kebiasaanya boleh dikatakan cepat menghabiskan dialog yang diberi kerana dia sudah biasa dengan watak Mail yang dibawa. Kalau sesi rakaman habis awal, dapatlah dia mengacau Zaki pula. Tapi, pada hari tersebut Mail bernasib malang kerana rupanya Kak Ros pula yang akan menjalankan sesi rakaman. Habislah, Mail kena marah dengan Kak Ros sebab menganggu sesi rakamannya. Garang betul Kak Ros ni.







