Wednesday, July 28, 2010

Surat peminat untuk Opah

Dari sehari ke sehari peti surat di studio Les' Copaque dipenuhi dengan lambakan surat peminat setia Opah. Surat yang diterima dari pelbagai pelusuk negeri ini semuanya ingin bertanyakan macam-macam soalan kepada Opah. Kalau semua nak tahu, ini merupakan sebahagian dari program di dalam Majalah Komik Upin & Ipin iaitu "Tanya Sama Opah". Memang tidak mengecewakan kerana hampir setiap hari pasti ada surat untuk Opah. Yang lebih membuatkan Opah terharu sebenarnya kebanyakkan surat-surat ini dihantar oleh cucu-cucu yang masih kecil dan surat mereka dihasilkan secara manual termasuklah sampul surat yang dibuat sendiri. Wah, memang semangat!

Surat untuk Opah
Opah menunjukkan antara
surat yang diterima




Video ucapan Opah kepada peminat
yang menghantar surat

Kalau semua peminat yang ingin menghantar surat kepada Opah, bolehlah hantarkan surat beserta soalan kepada alamat di bawah :

Tanya Sama Opah,
No. 1, Jalan Boling Padang G13/G,
Section 13, 40100, Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.

Ataupun emelkan soalan-soalan kepada Opah itu ke majalah@upindanipin.com.my