Amboi, dah macam artis dah mereka-mereka ni. Siap ada sesi fotoshoot cover majalah lagi ni. Kalau nak tahu, mereka-mereka ni terdiri dari Usamah Zaid (Pengarah Kreatif), Shafiq (Penyelia Kreatif), Faiz (Pengarah Seni) dan Tang Ying Sowk (Penyelia Produksi) merupakan orang kuat disebalik kecomelan animasi Upin & Ipin. Sesi fotoshoot ni, memang akan digunakan untuk cover majalah keluaran bulan Ogos nanti. Kalau nak tahu majalah apa, kenalah tunggu sehingga majalah ni berada dipasaran nanti.



