Pasti meriah karnival permainan antarabangsa ataupun Malaysia International Toys Fair yang semestinya pertama kali dianjurkan di Malaysia. Dari koleksi komik, permainan komputer hinggalah kepada animasi semuanya akan dikumpulkan di bawah 1 bumbung iaitu di Mid Valley Exhibiton Centre dari 24 & 25 July 2010. Tengok dari posternya saja sudah cukup mengambarkan kemeriahan acara ini.Upin & Ipin juga akan menjual pelbagai produk cenderamata dengan harga eksklusif bagi semua pengunjung di karnival ini. Datanglah beramai-ramai dan saksikan sendiri kemeriahan karnival terbesar yang dianjurkan di Malaysia. Layari www.malaysiatoysfair.com untuk maklumat lanjut.