Berkenan dengan si cantik rupawan, Moga-moga sehidup semati.
Begitulah beberapa rangkap pantun yang dapat diungkapkan untuk menggambarkan perasaan pasangan ini selepas selesai ditunangkan di dalam satu majlis pertunangan yang cukup bermakna. Sama cantik sama lawa, pasangan yang dimaksudkan ialah Faiz dan Salina. Mereka berdua yang merupakan krew produksi Upin & Ipin memilih untuk melanjutkan perhubungan mereka ke peringkat yang seterusnya. Mudah-mudahan masjid yang bakal didirikan mereka berkekalan dan segala persiapannya dipermudahkan. Majlis pertunangan ini telah dilangsungkan bulan lepas di rumah keluarga Salina yang telah di Kota Damansara.
Wakil pasangan lelaki ketikasesi perbincangan
Faiz merupakan Pengarah Seni Les' Copaque Production dan merupakan antara tulang belakang produksi dan telah bersama-sama Les' Copaque sejak dari awal pembikinan filem Geng. Manakala Salina pula, merupakan seorang juru-animasi dan telah bersama-sama menghasilkan siri animasi Upin & Ipin sejak setahun yang lalu. Hubungan mereka yang secara umumnya telah diketahui oleh semua rakan setugas direstui semua pihak. Sokongan oleh staff Les' Copaque sendiri terhadap majlis ini bermula seawal pagi untuk persiapan rombongan dan hantaran baik untuk kedua-dua belah pihak. Ramai juga staff Les' Copaque yang sama-sama memberi sokongan pada majlis tersebut.
Salina menarik nafas lega baik selepas majlis selesai
Rombongan pasangan lelaki yang berasal dari Batu Pahat ini bersama-sama bertukar hantaran sebaik sahaja perbincangan mengenai tarikh persandingan mereka selesai. Majlis yang diadakan serba sederhana ini berjalan sangat lancar dan teratur. Wajah keceriaan jelas terpapar pada wajah pasangan ini. Apabila selesai saja majlis, masing-masing sudah tidak sabar bergambar dengan bakal pengantin ini.
Tahniah diucapkan kepada Faiz & Salina dan kami dari Les' Copaque sudah tidak sabar ingin makan nasi minyak. Semoga persiapan majlis nanti berjalan dengan lancar dan kami sebagai rakan-rakan akan sentiasa memberi sokongan.





