Thursday, July 29, 2010

Upin & Ipin ke Pentas Teater Indonesia

Baru sahaja selesai kunjungan Upin & Ipin ke Jakarta tempoh hari, satu lagi berita gembira diterima khas buat peminat dari Indonesia. Seperti terasa tidak puas dengan menonton Upin & Ipin dikaca TV, siri ini akan diteaterkan pula dihadapan ribuan penonton. Sememangnya sesuatu yang unik dan pertama kali diadakan. Teater hasil kerjsasama dengan wakil dari Indonesia ini dijadualkan bakal menemui peminat sekitar bulan Oktober & November nanti. Teater ini dijangkakan akan mendapat sambutan yang amat menggalakkan melihatkan kepada populariti Upin & Ipin yang begitu tinggi di Indonesia sekarang.

Suasana ketika raptai teater
Maskot pelbagai watak
menari bersama-sama


Gambar-gambar tersebut merupakan sebahagian dari sesi raptai yang telah diadakan di Indonesia tempoh hari. Pasti ramai peminat yang sudah tidak sabar untuk menonton teater ini nanti. Teater yang berkonsepkan lakonan semula ini akan dilakonkan oleh maskot-maskot dari watak asal siri Upin & Ipin. Disamping mengunakan plot asal dari siri, teater ini juga menggunakan latar belakang digital untuk memberi kesan yang sama kepada penonton seperti menonton di dalam siri.
Sungguh riang menari bersama-sama
Watak Mail menyanyi di dalam kelas

Nantikan maklumat lanjut dan promosi mengenai teater ini apabila ianya sudah sedia untuk menemui peminat nanti. Sementara itu sekiranya anda mempunyai sebarang cadangan ataupun pendapat silalah emelkan kepada webmaster@lescopaque.com

Artikel lain mengenai topik ini : http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=7443&c=1&s=1