Sunday, July 04, 2010

Afiq ke Jinjang Pelamin

Seorang demi seorang nampaknya jejaka-jejaka di Les' Copaque telahpun menamatkan zaman bujang masing-masing. Yang terbaru ialah Afiq, salah seorang warga kerja Les' Copaque yang sentiasa sibuk dengan pengurusan acara Upin & Ipin telahpun melangkah ke alam baru. Sungguh ceria dan gembira terukir disenyuman hero Les' Copaque ini pada hari bahagianya disamping pasangan hati iaitu Azma. Majlis perkahwinannya yang diadakan di Gombak ini tempoh hari, turut dimeriahkan dengan kehadiran teman-teman persejuangan yang kebanyakkannya ingin berkongsi kegembiraan.

Afiq tersenyum gembira
dihari perkahwinan

Azma, pengantin perempuan
nampak begitu manis

Pasangan pengantin ini yang lengkap berpakaian serba oren ini mula berarak ke majlis sekitar pukul 1 tengahari. Sungguh kacak dan manis, kedua mempelai ini tidak ubah seperti pepatah melayu umpana pinang di belah dua. Afiq yang bersahaja ketika berjalan masuk ke meja makan beradab mungkin ingin menghilangkan rasa gugupnya dengan menegur sapa tetamu yang hadir. Majlis sebelah pengantin lelaki ini tidak memerlukan pengantin bersanding kerana mereka telahpun bersanding semasa majlis sebelah pengantin perempuan. Oleh itu, majlis seterusnya tertumpu kepada pasangan pengantin di meja beradab.

Afiq & Azma ketika berarak

Antara warga LCP yang hadir
Nell sangat menyukai nasi minyak

Pasangan pengantin yang begitu manis

Selesai tetamu-tetamu menjamu selera, sesi bergambar pula disempurnakan bersama pasangan pengantin. Walaupun cuaca panas terik, tetapi sedikit pun tidak terasa kerana saat bergambar bersama pengantin pasti tidak akan dilepaskan oleh para tetamu. Kami sendiri bergambar beberapa kali bersama pengantin. Sungguhpun majlis ini nampak agak ringkas, tetapi suasana meriahnya tetap terasa. Tahniah sekali lagi kepada Afiq dan semoga selepas ini Afiq akan lebih bersemangat untuk menjalankan tugas dan kami mendoakan kebahagian Afiq dan pasangan. InsyaAllah.

Afiq bersama keluarga barunya

Afiq dan Azma, pasangan pengantin
kita pada hari ini