Wah! Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar kursus 3D kemasukkan Jun 2010 yang baru saja tamat sesi pembelajaran tempoh hari. Dalam diam rupanya mereka ni semua sudah 3 minggu menjalani latihan intensif oleh pelatih 3D yang merupakan orang kuat dibelakang tabir animasi Upin & Ipin. Selama 3 minggu berada di sini, mereka ni semua dilatih mengunakan perisian 3D Autodesk Maya mengikut projek-projek yang diberikan. Pada awalnya, kebanyakkan pelajar ini sememangnya tiada basic 3D langsung dan ada juga antara mereka yang tidak menyangka mampu menghasilkan projek 3D yang diberi.
Suasana ketika presentation pelajarSemua pelajar diberi peluang untuk membuat presentation mengenai projek mereka pada minggu terakhir dihadapan semua warga kerja Les' Copaque Production dan wakil dari MDeC. Memang sungguh bersemangat masing-masing menunjukkan hasil kerja mereka buat kali pertama dikhalayak ramai. Tak kurang juga yang teruja dengan hasil kerja sendiri kerana langsung tidak menyangka mampu menghasilkan output sedemikian. Terima kasih diucapkan kepada wakil MDeC iaitu Mr Teo kerana datang memberi galakan kepada semua pelajar-pelajar ini.
Tahniah sekali lagi kepada semua pelajar-pelajar ini dan diharapkan usaha mereka di dalam bidang 3D ini tidak berhenti di sini saja. Lepas ni ,teruskanlah impian masing-masing dan semua warga kerja Les' Copaque mengucapkan semoga berjaya kepada semua pelajar-pelajar ini.




