Kalau pada tahun lepas, ramai jejaka-jejaka di Les' Copaque yang masih single and available, tapi pada tahun ini nampaknya saham mereka ini semuanya telah laku dijual. Memang sesuailah dengan jodoh masing masing-masing, bak kata orang lama-lama kalau dah ada pilihan itu apa lagi yang ditunggu. Begitulah dengan pasangan romantik Acap dan Ros yang kedua-duanya merupakan warga kerja di Les' Copaque yang telah menamatkan zaman bujang masing-masing di Bentong tempoh hari. Kami dari Les' Copaque memang menanti saat sebegini kerana bukan saja tumpang gembira, malahan kami sendiri sebenarnya dah lama tak merasa nasi minyak.
Hampir 8 buah kereta dengan semangat yang berkobar-kobar dan persediaan rapi memulakan perjalanan arah Bentong. Perjalanan yang dijangkakan mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit saja ini pada awalnya mengalami masalah pandu arah apabila separuh dari ahli convoy tersalah jalan. Pelbagai rintangan dan dugaan tidak mematahkan semangat untuk melihat pasangan pengantin ini di jinjang pelamin. Walaupun agak terlewat sikit dari perancangan asal, tetapi akhirnya semua selamat sampai ke destinasi.
Saat Acap dan Ros diketemukanTepat pada masanya, ekspedisi ke Felda Bentong ini diakhiri dengan majlis perarakkan pengantin ke pelamin. Sekali pandang, pengantin lelaki yang berkaca mata hitam yang kebiasaannya agak berpakaian biasa di office kelihatan lebih kacak dari biasa pada hari itu. Seri darah manis pengantin turut dikongsi oleh pengantin perempuan iaitu Ros yang kelihatan sungguh anggun dengan berpakaian serba ungu. Kedua pasangan ini pun berarak sambil berlatar belakangkan pukulan kumpulan kompang yang sekali gus membuatkan semua tetamu tertumpu kepada pasangan pengantin.
Staff LCP yang turut memeriahkan majlis ini
Tahniah sekali lagi kepada pasangan romantik ini, Acap dan Ros kerana telah bergelar suami dan isteri yang sah. Kami semua mendoakan kebahagian dan semoga pasangan ini berbahagia hingga ke anak cucu. Amin.
p/s : Kepada yang lain jangan risau, kerana masih ramai lagi jejaka LCP yang masih single...






