Wednesday, July 28, 2010

Upin & Ipin di MMU Convofest 2010

Pada hujung minggu ini Upin & Ipin akan memeriahkan pesta konvo ataupun Convofest 2010 yang akan dilangsungkan di MMU Cyberjaya. Pesta konvo yang tentunya bertujuan meraikan para-graduan MMU dari beberapa fakulti ini telah menjanjikan pelbagai program menarik untuk pengunjung. Selain penampilan maskot Upin & Ipin sendiri pada 1 Ogos nanti, pesta konvo ini juga akan menyaksikan beberapa acara untuk Malaysia Book of Records bakal tercipta. Antaranya ialah acara melukis terpanjang yang memerlukan peserta menyumbang hasil lukisan masing-masing untuk membentuk satu gabungan hasil kerja yang terpanjang.

Kepada semua peminat Upin & Ipin khususnya jangan lepaskan peluang untuk memeriahkan pesta konvo ini yang julung-julung kali diadakan. Layari laman web http://convofestbazaar.wordpress.com untuk maklumat lanjut.