Salam buat semua pengunjung blog ini...ha..baru-baru ini, Upin dan Ipin sekali lagi turun untuk menyerang Ipoh, Perak. Semestinya untuk Karnival Suarasa TV9 bersama Celcom. Suarasa yang kali ini diadakan di Stadium Indera Mulia Ipoh ini, kelihatan sangat simple dan kecil. Tapi, jangan pula disalah anggap yea....kehadiran pengunjung tetap sama je macam Suarasa sebelum ini. Ramai sangat pengunjung yang hadir ke tapak karnival amnya dan khasnya di booth Adik Di 9. Seperti di tapak-tapak karnival Suarasa sebelum ini, jualan barangan original Upin dan Ipin
pastinya mendapat sambutan. Seawal jam 9 pagi lagi, booth Adik Di 9 telah pun dikunjungi oleh pengunjung-pengunjung yang ingin mendapatkan barangan original ini.
pastinya mendapat sambutan. Seawal jam 9 pagi lagi, booth Adik Di 9 telah pun dikunjungi oleh pengunjung-pengunjung yang ingin mendapatkan barangan original ini.Apa yang menarik tentang Suarasa kali ini adalah, penampilan maskot Upin dan Ipin yang berbaju melayu dan bertanjak. Ha...ala-ala promosi filem terbaru gitu..Laksamana Upin Ipin yang dijangka akan ditayangkan pada 2012.
Upin dan Ipin ketika sesi di pentas utamaWah...ramainya orang..
Kelainan Suarasa pada tahun ini juga adalah, di booth AdikDi 9 TV9 bawakan Abg Uneh,Raja Pensil Warna dari Balai Seni Lukis Negara.
Ha..jadi adik-adik yang menyertai pertandingan mewarna dapatlah ilmu yang berguna tentang bagaimana hendak mewarna dengan cantik. Abg Uneh siap buat bengkel mewarna lagi tau..secara percuma.
Khusyuknya adik-adik mewarna
Mendengar penerangan dengan penuh tekunUntuk Suarasa kali ini, Upin dan Ipin ada membawa barangan-barangan yang baru...seperti Buku Solat, Buku Aktiviti, Komik edisi terkini dan macam-macam lagi. Ha...pendaftaran untuk keahlian Kelab Upin dan Ipin juga dibuka tau di Suarasa ni....best sangat...untuk yang tak sempat mendaftar, boleh layari laman web ini : www.kelabupindanipin.com atau emel ke kelabupindanipin@lescopaque.com untuk sebarang pertanyaan. =)
Upin dan Ipin juga sempat bermesra dengan Mascot Blue Bear Celcom dan Mr Bear dan AnW..Sama-sama berarak dari booth Adik Di 9 ke pentas utama..selesai sahaja aktiviti di pentas utama, Upin dan Ipin terus ke booth TV9 untuk sama-sama berpoco-poco dengan selebriti-selebriti yang hadir. Ada Intan Ladyana, Lydia Ibtisam, Tam, Aidid Marcelo dan ramai lagi...
Apa-apapun, Upin dan Ipin sangat seronok dapat bersama-sama dengan warga Ipoh yang sangat sporting dan sempoi..Jumpa lagi di Karnival Suarasa TV9 yang seterusnya...InsyaAllah di Melaka...Jumpa Disana...!!! Bye...






