Pasti ramai yang dah sihat selepas demam Piala Dunia tempoh hari. Tak kiralah pasukan yang anda sokong tu menang atau kalah, yang penting semangat kesukanan tu mesti ada. Seperti episod Upin & Ipin sempena Piala Dunia tempoh hari, memang seronok tengok semangat Upin & Ipin bersama kawan-kawannya bermain bola sepak. Kali ni semua peminat dah boleh menonton episod penuh "Anak Harimau" ni di saluran Youtube kami ataupun di laman web Upin & Ipin.
Upin & Ipin : Anak Harimau (Bahagian 6)
Terima kasih kepada penyiar rasmi Upin & Ipin iaitu TV9 di Malaysia dan TPI di Indonesia. Tidak lupa juga kepada penaja utama iaitu TM dan penaja bersama Wyeth. Kepada semua peminat yang sudah menonton episod ini. jangan lupa untuk meninggalkan komen anda di video youtube nanti.

