Wah, Upin & Ipin dalam bahasa Inggeris dan Mandarin yang ditayangkan di Disney Channel ni nampaknya semakin hangat dan mendapat sambutan luar biasa. Kalau dulu, Disney Channel hanya menyiarkan siri kartun dari luar negara tetapi nampaknya pada tahun ini hasil kerja anak tempatan ini telah menjadi salah sebuah produk yang hangat seperti hot cakes. Upin & Ipin sekarang ini sudah mula dikenali di negara-negara asia yang lain termasuklah di Hong Kong apabila Disneyland di Hong Kong sendiri menayangkan siri Upin & Ipin ini di lobi hotel mereka.
Video promo terbaru Upin & Ipin di Disney Channel
Siri Upin & Ipin yang ditayangkan 2 kali sehari ini bakal menayangkan episod terbaru nanti. Disney Channel sendiri mengesahkan penyambungan tayangan siri Upin & Ipin di saluran mereka selepas kunjungan mereka ke Les' Copaque tempoh hari. Kepada semua peminat Upin & Ipin semua jangan lupa untuk terus menonton siri ini di Disney Channel. Sementara itu, selamat berhibur dengan promo Disney Channel mengenai Upin & Ipin yang terbaru. Memang seronok tengok Upin & Ipin di Disney Channel. True, true, true!
