Thursday, July 08, 2010

Peminat Facebook Upin & Ipin cecah 2 Juta!

Wow! memang mengagumkan apabila peminat Facebook Upin & Ipin sudahpun mencecah lebih 2 juta. Terima kasih yang tak terhingga kepada semua peminat Upin & Ipin dari seluruh dunia. Bangga betul dapat peminat yang setia macam anda semua. Kalau mengikut fakta dari Facebook, kebanyakkan peminat yang menyertai Facebook Upin & Ipin berasal dari Indonesia. Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada peminat dari negara seberang kerana sokongan yang begitu jitu. Jangan lupa pula memeriahkan lawatan Upin & Ipin ke Indonesia pada bulan Julai ini.

Kepada semua pembaca blog yang masih belum menyertai Facebook Upin & Ipin, silalah berbuat demikian. Sekiranya anda mempunyai sebarang maklumat ataupun idea yang menarik mengenai Facebook ini, silalah emelkan kepada webmaster@lescopaque.com.