Wednesday, August 04, 2010

Wyeth bersama Upin & Ipin di Suarasa Melaka

Yay, seronoknya bila baru-baru ni dapat ke Suarasa lagi! Kali ni Upin & Ipin berkampung di Melaka pula untuk Suarasa Melaka yang diadakan di Dataran Air Keroh Melaka. Memang keseronokkan Suarasa kali ni sungguh berbeza kerana kali ini Wyeth S26 iaitu penaja bersama Upin & Ipin tahun ini pun turut serta memeriahkan karnival Suarasa. Booth Wyeth yang bersebelahan dengan booth Adik di 9 memang kelihatan menarik dengan hiasan gambar Upin & Ipin disekeliling booth. Gambar Upin & Ipin juga bersaiz besar pula dihias dihadapan booth.

Upin & Ipin bersama maskot Milo dan A&W
Booth Upin & Ipin menjual produk asli

Kali ini juga Suarasa sungguh berbeza kerana buat pertama kalinya Kak Ros turun untuk bertemu dengan semua peminat di Melaka. Kak Ros yang dikenali dengan perwatakan yang garang rupanya tidaklah segarang mana. Orangnya yang kecil dan cerah amat mengemari adik-adik kecil. Pantang ke mana saja, pasti ramai peminat yang mengenalinya. Tapi kesian juga pada Kak Ros ni. Yela, Kak Ros kan jarang keluar office. Sekali sekala keluar dah serupa macam puteri lilin. Ke mana saja pasti membawa payung Kak Ros. Wah, promosi tu nampaknya Kak Ros.

Kak Ros bersama Juan dan Muiz
pertama kali berSuarasa

Backdrop Upin & Ipin
menceriakan booth WyethEn Ahmad dari Wyeth mempromosikan
pakej susu Wyeth S26
Tahukah semua pembaca, penaja bersama Upin & Ipin iaitu Wyeth ni sebenarnya sudah berada di Malaysia lebih 50 tahun dan antara produk susunya yang terkenal ialah S26. Terdapat di dalam 2 pilihan iaitu Progress dan Promise, produk susu mereka memang mendapat sambutan hangat. Promosi susu S26 turut memberi susu percuma kepada para pengunjung. Susu S26 yang memang sedap ni turut dicuba oleh orang dewasa. Booth Wyeth bertambah ceria dengan kehadiran maskot Upin & Ipin yang menghangatkan suasana yang sudah sedia hangat. Memang bestlah suasana ketika itu dengan begitu ramai pengunjung memeriahkan booth.


Kemunculan maskot Upin & Ipin
memeriahkan booth Wyeth

Adik kecil yang mengemari susu Wyeth S26

Kepada peminat yang tidak berkesempatan untuk berkunjung ke Suarasa Melaka untuk berjumpa dengan Upin & Ipin jangan risau. Selepas ini Upin & Ipin akan ke negeri lain pula dan dengar katanya akan ke utara. Jadi peminat-peminat semua jangan lepaskan peluang ini sentiasalah untuk mengikuti updates di blog kami.