Wednesday, August 25, 2010

Raya Bersama Upin & Ipin di The Mines

Seronoknya kerana Upin & Ipin akan beraya di The Mines dan akan memeriahkan sambutan bulan Ramadhan dengan pelbagai aktiviti menarik. Pertama kali beraya di The Mines, Upin & Ipin akan muncul untuk beberapa hari di ruang legar The Mines dan akan berjumpa dengan peminat semua disamping pelbagai aktiviti menarik. Pengunjung juga akan berpeluang mendapatkan sampul raya eksklusif Upin & Ipin dengan syarat-syarat tertentu.

Selain itu, pertandingan mewarna juga akan dianjurkan khas untuk peminat di bawah 12 tahun. Kalau nak tahu apa lagi yang menarik apa kata datanglah beramai-ramai di The Mines sepanjang bulan Ramadhan ini. Pasti anda tak rugi.