Tuesday, August 31, 2010

Selamat Hari Merdeka ke-53

Kami dari keluarga Les' Copaque Production mengucapkan Selamat Hari Merdeka ke - 53 kepada semua warga Malaysia. Semoga dengan sambutan hari kemerdekaan pada bulan yang mulia ini dapat menyedar dan menginsafkan kita supaya menjadi rakyat Malaysia yang bersatu padu dan menyayangi negara.



Jangan lupa untuk terus mengikuti episod istimewa Ramadhan dan Aidilfitri di TV9 dan di TPI. Terima kasih kerana menyokong Upin & Ipin dan teruskan memberi sokongan anda.