Penantian bakal berakhir apabila secara rasminya filem GENG bakal ditayangkan dipawagam seluruh India pada 27 Ogos 2010 ini. Walaupun berlaku sedikit kelewatan dari perancangan asal, namun filem animasi 3D pertama Malaysia ini dijangka bakal mendapat sambutan hangat di India apabila watak kembar Upin & Ipin ini sudahpun mula dikenali melalui saluran Disney. Yang menariknya, filem ini telahpun dialih bahasa kepada bahasa Hindi namun masih mengekalkan jalan cerita asal. Dengan penambahan sebuah lagu baru berbahasa Hindi, filem GENG versi hindi ini nampak sedikit berbeza dengan versi asal tetapi menjanjikan kelainan kepada peminat di India.
Macam tak sabar rasanya mahu menonton filem Geng versi hindi ni. Sekiranya peminat di Malaysia inginkan maklumat lanjut mengenai tayangan filem ini di India, silalah layari laman web ini http://koimoi.c2w.com/category/coming-soon/geng-the-adventure-begins/

