Monday, August 16, 2010

Artis Baru di Majalah Kunang²

Jangan betulkan mata anda sekiranya akan ternampak artis 3D Les' Copaque Production menghiasi muka depan majalah Kunang² keluaran Ogos. Kalau biasanya muka hadapan majalah dihiasi dengan wajah artis hiburan, apa salahnya sekali sekala artis 3D pula menjadi tatapan pembaca. Apa yang anda saksikan sebenarnya ialah edisi istimewa majalah Kunang² yang menceritakan secara terperinci mengenai 4 tenaga muda disebalik pembikinan Upin & Ipin. Pasti semua pembaca kenal dengan wajah yang menghiasi majalah Kunang² ni. Mereka ialah Tang Ying Sowk, Mohd Faiz, Usamah Zaid dan Mohd Shafiq.


Cover majalah Kunang² keluaran Ogos

Beberapa gambar yang di superimpose bersama
Upin & Ipin dan suasana ketika pengambaran


Kalau nak tahu apa agaknya cerita yang dikongsikan di dalam majalah ini, jangan lupa dapatkan majalah Kunang² ni dipasaran. Dengar kata, artis 3D kita dan semakin terkenal sejak keluar di dalam majalah.