Thursday, August 19, 2010

Mari hantar Kad Raya Upin & Ipin

Wah, Kad Raya Upin & Ipin yang baru dah ada dipasaranlah. Seperti tahun-tahun yang lepas semua design Kad Raya Upin & Ipin ni direka khas untuk peminat setia Upin & Ipin. Design pada kad raya ni tidak pernah digunakan di mana-mana produk dan ianya merupakan design eksklusif untuk Aidilfitri tahun ini. Sebaik saja stok kad raya terbaru ni sampai di studio Les' Copaque, terus ramai staff-staff Les' Copaque yang ingin memborong kad-kad raya ni untuk dihantarkan kepada rakan-rakan.


Haris, Ida Shaheera dan Aran memperagakan
Kad Raya pilihan masing-masing

Akob, bila masa pula ada orang
hantar kad raya kat dia


Hasan mempromosikan semua
Kad Raya Upin & Ipin


Kad Raya Upin & Ipin ni dijual di dalam satu pek dengan 5 design unik dan menarik. Salah satu designnya, dilukis oleh Haris iaitu ketua artis konsep Les' Copaque yang begitu berbakat. Memang sungguh cantik dan kreatif kad raya yang direka oleh Haris. Mari dapatkan Kad Raya ini dipasaran sebelum terlambat. Kad Raya ini sudah boleh mula dibeli di U & I Butique, Shah Alam ataupun secara online. Selain itu, anda juga boleh mendapatkannya di Jusco dan rakan-rakan niaga kami di seluruh Malaysia.

Shafiq, pelakon suara Jarjit
Ah Wei dan Tang Ying Sowk juga tak sabar
nak menghantar Kad Raya


Kad Raya Upin & Ipin, 5 dalam 1 pek khas