Upin & Ipin akan menyertai Karnival Jualan Mega Ramadhan yang dianjurkan di Stadium Malawati, Shah Alam. Karnival yang terbesar ini bakal menyajikan pelbagai pilihan barangan serta aktiviti menarik termasuklah penampilan Upin & Ipin. Karnival ini bukan sahaja memberi peluang kepada pengunjung untuk membeli-belah namun ianya juga menyediakan kemudahan solat terawih disepanjang bulan Ramadhan. Untuk maklumat lanjut, silalah hubungi nombor telefon yang tertera dalam gambar di atas.