Hai kawan-kawan...Baru-baru ini, Upin dan Ipin telah dijemput untuk memeriahkan Karnival Inovasi Islam yang telah diadakan di Masjid Sultan Mizan di Putrajaya. Pelbagai aktiviti dan pameran terdapat di sini. Acara yang berlangsung dari pagi sehingga malam ini menarik minat pengunjung di sekitar Putrajaya dan kawasan sekitarnya.
Upin dan Ipin bergambar lagi..Upin dan Ipin muncul kira-kira jam 12.15 tengahari. Memang panas cuaca pada ketika itu, tapi Upin dan Ipin tetap setia berjumpa dengan peminat-peminat mereka di samping menyambut ketibaan pengunjung yang akan menunaikan solat Jumaat. Kehadiran Upin dan Ipin sememangnya dinantikan oleh para pempamer yang terlibat di dalam karnival anjuran JAKIM ini.
Upin dan Ipin sempat bergambar di booth JAKIMPada petangnya pula, satu ceramah tentang animasi Upin dan Ipin telah diadakan oleh En Zarin. Ramai juga yang hadir untuk mendengar ceramah yang telah diadakan. Sesi kuiz bersama Upin dan Ipin juga turut diadakan.
Adik-adik seronok dapat bermesra dengan UpinSememangnya Upin dan Ipin sangat seronok berada di karnival ini..Semoga jumpa lagi tahun hadapan yea..
En Zarin sedang ditemuramah oleh pelajar USIM



