Macam tak percaya saja sekarang ini siri Upin & Ipin sudahpun ada lagu temanya sendiri. Lebih menarik lagi, lagu tema tersebut dinyanyikan oleh kumpulan dari Indonesia yang tidak asing lagi iaitu Padi. Wah, nampaknya Upin & Ipin sudahpun bertapak setingkat lagi dan penerimaan siri Upin & Ipin di Indonesia sememangnya diluar jangkaan. Selepas beberapa bulan yang lalu berbincang dengan wakil dari Indonesia akhirnya kumpulan Padi dipilih untuk membawa lagu tema eksklusif ini. Diam tak diam rupanya video klip lagu ini telahpun dilancarkan beberapa hari yang lalu di Indonesia. Mari kita lihat screenshots dari video klip tersebut.
Macam mana? Mesti sudah tak sabar nak dengarkan? Kalau nak dengar macam mana agaknya lagu Sahabat Selamanya ni jangan lupa untuk menunggu updates seterusnya.



