Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua peminat setia Upin & Ipin. Rasanya masih tidak terlambat untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam tak kira walaupun berada di mana sekali pun. Kalau sebut pasal bulan puasa saja memang tidak sah kalau tidak menonton episod terbaru Upin & Ipin. Siri Upin & Ipin sebelum ini banyak mengajar adik-adik semua berpuasa dan berkongsi pengalaman baru semasa berpuasa. Apa lagi agaknya Upin & Ipin akan lakukan semasa berpuasa tahun ini. Pasti macam-macam gelagat dan telatah mereka yang mencuit hati.


Oleh itu jangan lupa menonton episod terbaru Upin & Ipin sepanjang bulan Ramadhan ini pada pukul 7 petang hanya di TV9. Terima kasih kepada penaja utama Upin & Ipin iaitu TM dan juga penaja bersama Wyeth S26.