Hai kawan-kawan..hari ini dah masuk hari ke 7 kita berpuasa. Tapi Upin dan Ipin tetap setia menemani kawan-kawan. Hari Jumaat yang lepas, Upin dan Ipin telah dijemput untuk bersama-sama dengan kawan-kawan yang kurang bernasib baik untuk berbuka puasa di Crown Plaza Mutiara KL. Seawal jam 5 petan lagi Upin dan Ipin telah pun berada di sana untuk menyambut ketibaan kawan-kawan.
Acara yang dianjurkan oleh Kenanga Investment Group ini sememangnya dirancang untuk diadakan awal-awal lagi. Yang menariknya adalah, pelakon suara Upin dan Ipin, Adik Syiela juga turut serta dalam acara ini. Bertuah sungguh kawan-kawan Upin dan Ipin dapat bersua muka dengan adik Syiela.
Pihak pengurusan Kenanga juga turut berbesar hati menyampaikan hadiah dan duit raya untuk semua kawan-kawan. Siap dapat barangan Upin dan Ipin lagi tau. Disamping itu juga, sesi kuiz pun turut diadakan dan banyak hadiah telah diberikan kepada kawan-kawan semua.
Upin dan Ipin sangat berharap agar kawan-kawan gembira sepanjang acara ini berlangsung. Jumpa lagi tahun hadapan yea..!!








