Tuesday, August 03, 2010

Trip ke Jakarta, Indonesia.

Assalamua’laikum dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung laman web Les’ Copaque dan peminat Upin & Ipin!

Pada 23 Julai 2010 yang lalu, LCP Business Trip telah melabuhkan sayapnya ke Jakarta, Indonesia selama 3 hari 2 malam. Berdasarkan kertas yang diberi, penulis dijadualkan pergi bersama pelakon suara Mei Mei iaitu Cik Tang Ying Sowk yang lebih dikenali sebagai Yuki (Production Supervisor Les' Copaque), pelakon suara Upin & Ipin iaitu Adik Asyiela Putri dan keluarganya. Tujuan kami ke sana adalah atas urusan rakaman suara dan menyertai acara Kampung Upin & Ipin di Supermal Karawaci bersama krew TPI (Televisi Pendidikan Indonesia).

Hari pertama: 23 Julai 2010.

Kami bertolak dari pejabat Les' Copaque lebih kurang pada pukul 4.00 p.m. Semasa berjalan ke muka pintu studio, kami (saya dan Yuki) diiringi suara dan lambaian mesra daripada pekerja-pekerja Les' Copaque “Byeeee...”

Kami bertolak dengan menaiki kereta yang dipandu oleh Cik Tan Shiek Wei atau dikenali sebagai Ah Wei (Technical Supervisor Les' Coapaque) . Semasa dalam perjalanan ke lapangan terbang LCCT, penulis sempat mengambil beberapa gambar.

Cik Yuki dan Cik Ah Wei dengan aksi "Peace!".


Cuaca pada hari itu sangat baik.Bentuk awan seperti bertajuk ‘journey’.


Kami tiba pada pukul 2.49 p.m. Di sana, kami berjumpa
En. Mohd Zarin (Public Relation Les' Copaque),
Adik Asyiela bersama keluarganya.


Sambil menunggu waktu hampir untuk bertolak,
kami menjamu selera di Marry Brown di LCCT.


Ok!


Kami pergi dengan menaiki kapal
terbang Air Asia pada pukul 6.48 p.m.


Kami tiba di lapangan terbang Indonesia pada pukul 8.28 p.m (w.i - waktu indonesia). Untuk pengetahuan semua, beza waktu Indonesia dan Malaysia adalah 1 jam lebih awal. Sekiranya waktu di Malaysia adalah pada pukul 2.00 p.m, di Indonesia adalah pada pukul 1.00 p.m. Begitulah perbezaan masanya. Kami disambut mesra oleh Cik Daesy Aryantina (Producer DNA Creative Production Media) dan ahli krew yang terlibat. Kami dibawa berjumpa dengan pengurus acara Kampung Upin & Ipin di Supermal Karawaci. Semasa kami tiba di sana iaitu lebih kurang pada pukul 10.00 p.m (w.i), ahli krew dan ahli pentas sedang menjalani sesi rehearsal.

Sesi rehearsal acara Kampung Upin & Ipin.


Wah, lihatlah! Pentas acara benar-benar berkonsepkan
cerita Upin & Ipin!



Kami bersalam-salaman dan saling berkenal-kenalan sesama krew. Selepas itu, Cik Yuki dan Adik Asyiela di jemput naik ke pentas untuk berkenalan sesama ahli pentas dan mendengar taklimat persediaan awal untuk acara Upin & Ipin yang bakal berlangsung pada esok hari. Setelah selesai, kami di bawa ke Hotel Imperial Aryaduta, Hotel & Country Club. Kami tiba pada pukul 10.40 p.m (w.i). Penulis menginap di sebuah villa bersama Cik Yuki manakala Adik Asyiela menginap di sebuah villa bersama keluarganya.

* * *
Hari kedua: 24 Julai 2010.

Pada keesokkan harinya, pada pukul 7.41 a.m (w.i - waktu indonesia), kami bersarapan pagi di hotel bersama Cik Daesy Aryantina. Kami bertolak dari hotel ke Studio TPI pada pukul 8.40 a.m (w.i) untuk membuat rakaman suara. Dalam perjalanan, Cik Yuki dan Adik Asyiela menggunakan masa dengan baik berlatih bersama untuk acara di Supermal Karawaci petang nanti:

Cik Yuki dan Adik Asyiela - berlatih bersama.


Dah sampai~!

Ha, di sinilah Studio TPI!


Semasa berjalan kaki ke studio pada pukul 9.25 a.m (w.i) , Cik Yuki dan Adik Asyiela diberi beberapa helai kertas skrip oleh salah seorang krew TPI. Setibanya kami di sana, mereka memberi masa untuk kami membaca, memeriksa dan memperbetulkan skrip supaya mudah diintonasikan semasa rakaman. Bahasa skrip diperbaiki dengan mengikut kebiasaan bahasa watak animasi Upin & Ipin. Dengan perbincangan tersebut, secara tidak langsung kami dapat mempelajari pelbagai bahasa Indonesia yang baru.Rakaman suara dilakukan bertujuan sempena sambutan bulan Ramadhan dan hari raya Aidilfitri yang bakal menjelang. Selain itu, terdapat beberapa rangkap dialog nasihat, doa harian dan juga promosi.


Semasa perbincangan memperbaiki skrip.
Ibu Adik Asyiela dan krew TPI turut membantu.


9.59 a.m (w.i) - Ke studio untuk sesi rakaman suara.


Salah satu sesi rakaman suara untuk promosi.
'Te' 'pe' 'i' adalah sebutan huruf Indonesia bagi
huruf 'T', 'P' dan 'I.'


Rakaman Selesai ~ 10.34 a.m (w.i)


Selepas sesi bergambar bersama krew TPI, kami dijamu dengan makanan dan minuman yang sangat enak. Salah seorang krew TPI menunjukkan rakamannya semasa Kak Ros (Ida Shaheera Les' Copaque) membuat aktivi di Indonesia. Kedatangan kami diakhiri dengan bersalam-salaman sesama krew dan ucapan terima kasih atas layanan yang sangat baik. Kami bertolak dari Studio TPI ke Supermal Karawaci pada 11.00 a.m (w.i) dan tiba pada 12.15a.m (w.i). Sebaik sahaja kami masuk di pintu besar, cuba teka kami terlihat apa?

Poster Acara Kampung Upin & Ipin!


Flyers Acara Kampung Upin & Ipin.


Selepas makan tengah hari di restauran '‘Waroeng Kampoeng-Selera khas Indonesia’, kami ke hotel pada pukul 2.50 p.m (w.i) untuk berehat dan bersiap. Pada pukul 3.52 p.m (w.i), kami kembali ke Supermal Karawaci untuk melaksanakan acara Kampung Upin & Ipin.

Yay, kini tibalah saat yang dinanti-nantikan!
Acara Kampung Upin & Ipin sudah bermula!

Ramai betul pengunjung pada hari itu. Ibu bapa dan anak-anak, golongan remaja juga tidak terkecuali. Mereka semua menunggu kemunculan maskot dan pelakon suara watak Upin & Ipin serta Mei Mei. Sebelum itu, mereka dihiburkan dengan acara tarian kanak-kanak. Seperti yang telah dijanjikan, maskot dan pelakon suara pun memunculkan diri. Selepas itu, acara sesi bergambar pun bermula.


Menurut TNOL, sesi bergambar terbahagi kepada 4 sesi iaitu bermula pada pukul 1.30 p.m, 4.30 p.m, 6.00 p.m dan 7.00 p.m (waktu Indonesia). Rp 50 ribu (2 keping gambar) untuk seorang atau satu keluarga dan masa yang diberikan hanya seminit.

Penulis berasa sangat kagum melihat sambutan Upin & Ipin di Indonesia. Bukan sahaja sambutan daripada peminat yang amat menggalakan malah gaya promosi dan hiasan pentas yang luar biasa, benar-benar mengikuti konsep dalam cerita animasi Upin & Ipin menambahkan lagi keceriaan dan kemeriahan suasana. Semasa berada di situ, penulis dapat merasakan seperti berada dalam dunia Upin & Ipin yang sebenar.
Melihat perigi ini pasti kita teringat akan episod Upin & Ipin
menanam pokok sawi di belakang rumahnya.


Kawasan permainan Upin dan Ipin


Pengunjung juga dapat membawa pulang barangan Upin & Ipin dengan membeli barang jualan Upin & Ipin sebagai kenang-kenangan atau hadiah. Barangan Upin & Ipin yang dijual adalah seperti beg, bantal, patung, pelampung, bola plastik, pakaian, buku komik, buku panduan solat dan macam-macam lagi.


Helmet Upin & Ipin pun ada~!



Selesai sesi bergambar, Cik Yuki dan Adik Asyiela ditempatkan di pondok permainan Upin & Ipin untuk sesi temuramah. Pada 5.47 p.m (w.i) mereka berehat sebentar di bilik rehat. Di dalam bilik rehat kami bertemu pemakai maskot Upin & Ipin. Memang sukar untuk memakai maskot begitu lama. Tetapi mereka boleh bertahan. Cayalah~! Pada 6.04 p.m (w.i) Sesi bergambar bersama peminat bersambung kembali. Pada 7.22 p.m (w.i) kami pergi ke Restauran 'Sagoo' untuk makan malam. Setelah itu, kami pulang ke hotel dan ke villa masing-masing.


* * *