Tuesday, August 24, 2010

Berbuka Puasa di Saujana lagi

Buat 2 tahun berturut-turut nampaknya Les' Copaque Production memilih untuk berbuka puasa bersama-sama di Saujana Hotel, Kuala Lumpur. Suasananya yang tenang ditambahkan boleh hidangan makanannya yang sedap, lokasi berbuka puasa ini menjadi pilihan hati. Menu yang sudah terbayang-bayang dan menjadi buruan ramai orang sudah tentulah kambing golek. Dengar kata kambing golek memang menjadi menu utama yang mendapat sambutan setiap hari oleh tetamu di sini. Seawal 6 petang, kebanyakkan keluarga Les' Copaque Production sudahpun mula berkumpul di tepi kolam renang yang juga kawasan untuk berbuka puasa di Saujana.

Persembahan Ghazal menghiburkan
sementara menanti azan berbuka puasa

Satay daging dan ayam
antara menu pilihan

Pelbagai menu makanan lain

Kak Ijan dan Nisa bersedia
untuk berbuka puasa

Dengan penambahan keluarga Les' Copaque pada tahun ini dan tetamu jemputan, tempahan berbuka dari Les' Copaque sahaja sudah memenuhi sebahagian dari ruang berbuka puasa. Dengan masing-masing berpakaian baju melayu ataupun baju kurung, suasana berbuka puasa kelihatan sungguh meriah. Sementara menantikan azan maghrib, masing-masing bergambar dengan berlatar belakangkan hiasan landscape Saujana Hotel yang cantik. Pada tahun ini juga kami bertuah kerana wakil penaja utama iaitu TM dan penaja bersama iaitu Wyeth juga turut memeriahkan majlis berbuka puasa.
Asyiela dan Ida Shaheera
berpakaian sedondon

Sesi bergambar
Acap, Ros, Hawa, Ayu dan suami Kevin ketika mengambil makanan
Lapar betul nampaknya Wafi

Ice dan Fila teruja ketika bergambar

Juan & Aran seronok nampaknya

Selain dari menjamu selera dengan hidangan yang lazat, kemuncakan malam berbuka puasa ialah cabutan bertuah. Cabutan bertuah yang telah di sediakan lebih awal ini, menawarkan pelbagai hadiah termasuklah seperti barangan komputer, makanan, hamper serta Sony Playstation PSP. Memang bertuah kepada yang mereka yang memenangi hadiah yang ditawarkan. Dahla kenyang dapat makan, dapat hadiah lagi tu. Apa sekali pun semua keluarga LC Groups iaitu Les' Copaque Production, LC Merchandising, Geng's Corner, LCGDI dan Bruang Filem amat berterima kasih dengan penganjuran majlis berbuka puasa ini. Terima kasih kepada bos besar iaitu Tn Hj Burhanuddin kerana menaja majlis ini. Mungkin tahun depan kita boleh berbuka ditempat lain pula.

Salah satu dari 10 meja
Para pelakon suara kecil yang
juga memeriahkan majlis berbuka

Sedap nampaknya

Antara pemenang ketika cabutan bertuah